Informasi

Macam-Macam....

Menurut pemilik photo Fahmi Bh melihat bagaimana katak tersebut memanjat badan ular tersebut tetapi menakjubkan apabila ular tersebut tidak memakan katak terbabit malah selesa dengan kehadiran katak itu. 

Dengan kaki yang mudah melekat, katak tersebut berupaya memanjat seluruh badan ular tanpa sebarang masalah. 








                                                                 Sumber: Acidcow



Mesti ramai yang pernah tengok gambar kucing ini yang bertebaran di media social dan sebenarnya mereka menjadi kegemaran ramai.

1. Snoopy the Cat
Dengan mata bulat, hidung mungil, dan badan bulatnya, Snoopy merupakan selebriti kucing yang paling comel. Pada asalnya beliau terkenal di negara asalnya, Cina, melalui laman sosial Weibo, tetapi oleh kerana kecomelan dan aksinya, beliau pantas menjadi fenomena antarabangsa. Fanpage Snoopy untuk warga Thailand sahaja mencecah 36,000 likes dalam setahun! Beliau mendapat pendedahan antarabangsa melalui featured posting di dalam Catsparella, dan kini, terdapat 2 blog Tumblr yang dibuat untuk beliau.Snoopy the Cat, bukan setakat comel, tetapi, mempunyai fashion sense yang wajar kita ikuti!







2.Maru
Maru, berasal dari Jepun, merupakan seekor kucing yang sangat nakal tetapi lucu! Mendapat gelaran kucing paling lucu dalam dunia, kucing ini adalah seekor jantan berbaka Scottish Fold. Beliau menjadi terkenal apabila aksinya bermain – terutama kegilaanya bermain kotak dan kesukaannya memakai “topi” dirakam dan dikongsi di Youtube. Setakat April 2013, video Maru telah ditonton sebanyak 200 juta kali! Buku dan DVD bertajuk “I Am Maru”, DVD Maru Desu dan buku berbahasa Jepun telah diterbitkan untuk merakam aksi-aksi manja Maru.


Colonel Meow
Anda pasti tidak akan lupakan wajah garang Colonel Meow ini. Colonel Meow ialah seekor kucing jantan berbaka Parsi-Himalaya dan merupakan pemegang rekod Guinness 2014 untuk bulu kucing terpanjang – 9 inci! Colonel Meow menjadi terkenal apabila pemiliknya (“slave beasts”) berkongsi gambar-gambarnya di Facebook dan Instagram. Beliau mempunyai beratus ribu pengikut yang dipanggil “minions”. Di kalangan pengikutnya, Colonel Meow sering dipanggil “Diktator Comel yang Menakutkan”, “Peminum Scotch”, dan “Kucing Paling Pemarah dalam Dunia”.



4. Lil Bub
Pada asalnya, Lil Bub merupakan kucing liar yang diambil sejak kecil oleh tuannya. Akibat dari mutasi genetik, Lil Bub memiliki mata yang besar, berbadan kecil dan lidah yang sentiasa terkeluar. Meskipun dengan pelbagai kesukaran yang beliau hadapi, Lil Bub dapat membesar dengan sihat di bawah penjagaan tuannya, Bridavsky. Bridavsky sering berkongsi video Lil Bub di Youtube, dan hasilnya Lil Bub telah mengumpul 100,000 pengikut dan pageview sebanyak 19 juta. Pada masa kini, Lil Bub telah mempunyai buku sendiri, merupakan hos rancangan bual bicara, “seekor” bintang filem dan telah berjaya mengumpul dana USD $100,000 untuk membantu haiwan-haiwan yang memerlukan pertolongan.


 Cooper
Cooper adalah kucing berusia 6 tahun yang tinggal di Seattle. Seminggu sekali, beliau akan memakai kamera ringan yang dilekat pada kolarnya dan bawa kita berjalan-jalan di dalam dunianya. Juga dikenali sebagai Kucing Fotografer, laman web beliau dapat dapat dilawati di PhotographerCat.com.



6.Hamilton the Hipster Cat
Hamilton dahulu merupakan seekor anak kucing jalanan yang diselamatkan oleh tuannya. Apa yang menarik tentang Hamilton adalah misainya yang ala-ala Wak Doyok gitu. Facebook page Hamilton telah mengumpul sebanyak 99,000 pengikut, dan semakin bertambah setiap hari. Ada yang memanggil Hamilton sebagai “Misai Paling Cool dalam Internet”. Hamilton berpotensi untuk menjadi kucing yang paling popular dalam internet dan sering disebut-sebut sebagai “The Next Grumpy Cat”


7. Grumpy Cat
Grumpy Cat ialah seekor kucing betina yang lahir pada 4 April 2012. Nama sebenar beliau ialah Tardar Sauce. Beliau menjadi terkenal di internet oleh kerana ekspresi mukanya yang sering masam mencuka. Menurut pemilik beliau, Tabatha Bundesen, mukanya setiap masa “grumpy” adalah disebabkan feline dwarfism – yakni kekerdilan saiznya. Nama beliau mencanak naik pada 2013 selepas gambarnya dimuat naik ke laman sosial Reddit. Wajah beliau sering dijadikan”meme” dengan caption lucu, dan sering menarik hati peminat untuk di-”viral”kan. Grumpy Cat adalah kucing yang paling popular di internet pada masa ini. Grumpy Cat juga mungkin merupakan kucing terkaya di dunia – dengan beliau menjadi model Friskies, iklan Cheerios, 2 buku, kopi dengan jenama beliau, sering muncul dalam rancangan bual bicara, dan kontrak filem – semuanya dalam masa setahun setengah selepas beliau muncul di Reddit.







Seorang pengguna facebook, ARieda Akhtar U'waisyahtelah memuat naik gambar dan caption yang pasti menyentuh hati pembaca. Kisah seorang bapa ini pasti mampu membuat korang menangis.

Baca kisah yang dikongsikan beliau di bawah:-

Coretan semalam..

tersua dan lunch dgn hamba Allah ini merupakan bapa muda awal 30an...membawa anak kecil lelaki umur 3 bulan di bawah panas terik matahari.

Sejak 2 minggu lalu berjalan hampir 2km setiap hari sambil membawa anak kecilnya itu ke sebuah pasaraya tempat kerja si isteri untuk menghantar makanan yg dimasaknya sendiri di bilik yg disewa rm300 sebulan.

Baru sahaja berhenti kerja sebagai pengawal keselamatan untuk sementara bagi menjaga anak sementara si isteri tak melepaskan tawaran kerja yg terpaksa diambil.

Dah lama tak makan nasi berlauk katanya sambil menghirup semahunya milo ais yg dipesan,anak kecil tiba2 terjaga dan merengek minta susu yg dah habis,air kosong jadi penganti botol susu babynya..

biasa tengahari buat jeput gandum@cekodok kat bilik n hantar bekalan pada isteri katanya. Kos tinggal di Bandaraya,sewa rumah yg tinggi,taska yg mahal,terasing dan berjauhan dari kampung halaman,sikap ingin berdikari yg lahir dari keluarga yg susah dan sebagainya memaksa dia dan isteri menyewa bilik dan melalui semua itu.

Tiada tanah,kereta,motor dan harta peninggalan dari orang tuanya.selesai makan,not hijau yg diberi diambil dengan gengaman salam yg kuat dan ucapan yg sayu,sambil mohon berlalu pergi dengan segera..mungkin ingin cepat mencari susu buat anak kecilnya sementara si ibu menyusu di mlm hari setelah usai kerja..

Sudah lama ku memerhatikannya mundar mandir membawa anak kecilnya itu..Ya Allah,nikmatMu terlalu luas Ya Allah...Rahmatmu didambakan setiap insani....Astagfirullah..ampunkan kami ya Allah...Permudahkan urusan hambamu ini.




Bagi yang ingin membantu, kami masih menunggu maklumat bapa dan anak ini oleh pemuatnaik kisah ini. Boleh rujuk beliau di sini www.facebook.com/akmalhamdi165 





Sikap berlumba-lumba untuk mempamerkan kemewahan dilihat sebagai punca isi rumah di negara ini mencatatkan bebanan hutang yang tertinggi daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Nik Mustapha Nik Hasan berkata, banyak isi rumah pada zaman sekarang dilihat hidup di luar kemampuan pendapat mereka sehingga menyebabkan mereka terpaksa menanggung berhutang. 

"Menurut Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran 2013 yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia mendapati sektor isi rumah berhutang bagi memenuhi keperluan dan kehendak seperti pembelian harta kediaman iaitu sebanyak 47.1 peratus, diikuti pembelian kenderaan bermotor sebanyak 20 peratus, pembelian hartanah bukan kediaman sebanyak 8.3 peratus, pembelian sekuriti pula sebanyak 7.8 peratus, pembelian kad KREDIT adalah lima peratus dan lain-lain yang hanya merangkumi dua peratus," katanya selepas merasmikan Seminar Beban Hutang Isi Rumah: Punca dan Penyelesaian di IKIM di sini, hari ini. 

Tambahnya lagi, pola hutang isi rumah yang meningkat setiap tahun menjadikan negara Malaysia sebagai antara negara yang mencatatkan hutang isi rumah yang tertinggi di Asia iaitu pada 81.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2012 meningkat kepada 86.8 peratus pada tahun lalu.

"Oleh hal demikian, pendidikan dalam berbelanja merupakan satu aspek yang harus ditekankan kepada isi rumah agar tidak boros dan tidak berbelanja kepada perkara yang mampu menjerumuskan mereka ke kancah beban hutang," katanya lagi.

Seminar yang berlangsung selama dua hari bermula pada hari ini akan menampilkan lapan pembentang kertas kerja daripada pelbagai agensi dan institusi pengajian tinggi yang akan membentangkan kajian mereka terhadap bebanan hutang isi rumah di negara ini. 

Biasanya kek harijadi menjadi hadiah yang paling bermakna tapi bukan kali kerana kek yang bakal korang tengok mungkin akan buat korang muntah dan berfikir lama untuk makan. 












Seorang lelaki telah membuat pembedahan menukar wajahnya menjadi kepada muka anjing secara kekal. Pembedahan dijalankan di sebuah tempat yang tidak diketahui.


Ngeri dan gila kan? Entah apa lah yang difikirkan oleh lelaki ini sehingga dia tergamak menukar wajahnya sendiri. Tapi kami sebenarnya sangat kesian pada anjing tu yang jadi mangsa.

Entah macam mana nak makan dengan menggunakan tiub. Dunia dunia.






AMBOI…kot ya pun boleh pakai kereta jenama luar negara, perlukah individu yang menggelarkan dirinya ‘Same LOrrr’ ini menggelarkan mereka yang ingin membeli kereta Perodua Axia sebagai PEMALAS?
Dia yang menitipkan komen di sebuah laman web turut menyifatkan kereta tersebut hanya untuk rakyat Malaysia yang miskin dan tidak mahu bekerja keras.




Pada masa yang sama, Same LOrrr turut menyarankan agar rakyat tidak hanya menyalahkan kerajaan dan mengharapkan kesenangan segera.
Bab ini mungkin betul, tapi apa perlunya dia menghina orang lain yang dianggapnya tidak mampu?
Bukankah setiap orang mempunyai nasib yang berbeza-beza? Lagipun, tak menjadi dosa pun kalau hidup tak mewah…
Hai, baru pakai Toyota pun dah poyo begini!
Kalau ada Ferrari atau Lamborghini, entah-entah kepala langsung tak menunduk ke bumi…

Sumber mynewshub.cc



Mengkagumkan. Seperti di alam fantasi tapi sebenarnya realiti. Indahnya ciptaan Allah. Dunia ini sebenarnya banyak lagi tempat yang menarik untuk diterokai. 





















My Blog List

FEEDJIT Live Traffic Feed

Powered By Blogger

My Blog List

Followers

Searching Blog

About this blog