Informasi

Macam-Macam....

Babi Berbulu Biri-Biri

Babi berbulu domba..ahha..Baru tau ade babi yang ala2 bebiri..disebut juga sbg Sheep Pigs..dikatakan babi ni ade kt Argentina...jangan tersalah pandang and pegang mahupun disalahgunakan..bahaya ni..harap2 xdele bulunye dijadikan pakaian ke..kain ke..carpet ke..dll..and tak masuk le dlm pasaran kita..kene pantau le..JAKIM and yang sewaktu dengannya.. sekadar tatapan umum  bagi yang belum pernah tengok....


Saksikan Ini..Spesis Babi Berbulu Biri-Biri....










Tips Elak gigitan pacat



  • GIGITAN pacat perkara biasa jika anda memasuki hutan hujan di Asia Tenggara, Afrika dan Madagascar. 
  • Tidak seperti hidupan sama di bahagian lain dunia, pacat hutan hujan hidup dalam suasana daun kering dan tumbuhan terutama di lantai hutan. 
  • Ia mencari makanan iaitu darah hidupan berdarah panas termasuk manusia berdasarkan bau dan getaran bunyi yang terhasil daripada pergerakan. 
  • Di kawasan tertentu, anda akan dapat lihat hidupan ini bergerak ke arah badan manusia selepas beberapa ketika. 
  • Pacat darat sangat halus tetapi boleh membesar sehingga 10 kali daripada saiz asal selepas menghisap darah. 




  • Cara paling mudah untuk mengelak gigitan pacat dengan memakai stokin atau seluar panjang menutupi bahagian bawah badan. 
  • Anda boleh melumurkan kaki dan tangan dengan minyak panas atau minyak cap kapak. 
  • Jangan terlalu takut terhadap hidupan ini kerana ia tidak menyebarkan jangkitan dan hanya menyebabkan kecederaan kecil. 

  • Anda tidak akan terasa digigit kerana ia menyebarkan anestetik apabila ia menghisap darah. 

  • Namun, untuk mereka yang memiliki kulit putih gebu atau manja (sensitif), gigitan pacat turut memberi kesan apabila meninggalkan kesan parut yang ketara. 

Tips Cara Betul Untuk Alih Pacat

  1. Pacat akan terjatuh selepas kenyang. Namun, jika anda mahu mengalihkan ia lebih awal, kenal pasti bahagian gigi pacat yang berfungsi menghisap darah di salah satu hujung, lazimnya di bahagian lebih nipis.
  2. Secara perlahan, gunakan jari telunjuk untuk mencabut bahagian pacat yang menghisap darah daripada kulit. Gunakan satu lagi jari untuk memisahkan hujung satu lagi yang lebih gemuk. Pada proses ini, pacat lazimnya akan cuba untuk kembali melekat ke kulit.
  3. Selepas mencabut pacat, pastikan anda membersihkan kesan luka untuk mengelak jangkitan. Hidupan itu tidak beracun, namun mungkin rasa gatal dan tidak selesa. 
  4. Jangan gunakan api rokok, ubat nyamuk, losen antiserangga atau menarik secara pantas untuk mengalihkan pacat daripada kulit. Cara ini mungkin memberi kesan lebih teruk kerana ia memberi luka lebih dalam dan kesan parut. 
  5. Jika ia menghisap darah di bahagian telinga, hidung atau mulut, anda mungkin mendapat masalah kerana pacat menjadi gemuk apabila kekenyangan, sekali gus boleh membawa kesan parut atau cela di muka. 
  6. Jika secara tidak sengaja mendapati ia di mulut, gunakan alkohol atau hidrogen peroksida untuk berkumur. Jika terpaksa, gunakan objek keras 










Nama Lama Flop Poppy iaitu Flop Poppies.

Lagu lama Flop Poppy dikeluarkan pada tahun 1991. Dipetik  dari album kompilasi "A Circle Of Friends - Malaysian Alternative Music". Muzik Alternative sekarang dikenali dengan nama "Muzik Indie" . Vokalisnya Radhi OAG. Sedia Maklum bahawasanya ketika ini "OAG" belum ditubuhkan lagi. Ketika itu Radhi masih lagi belasan tahun.

Anggota Lama Ketika itu terdiri daripada :

Radhi             - Vokalis
Andy               - Gitar Utama
Syed Wayar  -  Gitar Kedua
Vijay              -  Bass

Namun oleh oleh disebabkan muzik alternatifnya tidak bersesuaian dengan Radhi ketika itu sangat muda iaitu masih belasan tahun yang mana pembawakan muzik alternatif diperjuangkan tidak bersesuaian dengan usianya, lalu Radhi menarik diri dari Flop Poppy.

Kemudian Andy menggantikan kekosongan tempat Radhi sehingga sekarang.
Kemudian Radhi menubuhkan kumpulan OAG dengan membawa aliran muziknya tersendiri.
Seterusnya merakamkan semula "Knocked Silly" versi OAG.

Sila dengarkan single pertama untuk pengenalan kepada Flop Poppy.

"Knocked Silly" - "Flop Poppy"
Ciptaan : Andy Flop Poppy

dipetik dari Album Kompilasi  "A Circle Of Friends - Malaysian Alternative Music"

Jom Layan.....



9 Mimpi Nabi Muhammad SAW



Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU
YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"



8 Amalan Penambahan Rezeki.....





My Blog List

FEEDJIT Live Traffic Feed

Powered By Blogger

My Blog List

Followers

Searching Blog

About this blog