Informasi

Macam-Macam....



KUALA LUMPUR: “Pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) Wardina Safiyyah menafikan tuduhan beberapa penulis laman blog bahawa beliau menyokong perhimpunan Bersih 2.0 dan akan bertanding pada pilihan raya umum nanti di bawah tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau berkata, segala tuduhan yang dilemparkan terhadapnya berkaitan gambarnya bersama beberapa pemimpin PKR, termasuk Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali adalah tidak benar dan merosakkan reputasinya sebagai artis.“Semua dakwaan ini tidak benar, boleh tanya orang ramai yang datang pada hari itu, mereka sendiri mendengar ceremah saya dan boleh memberi pengakuan yang ceramah saya langsung tiada unsur politik,” katanya pada sidang akhbar di sini, pagi ini.Wardina berkata, beliau tidak teragak-agak akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya artikel yang tersiar termasuk gambar lamanya yang tidak berhijab tidak dikeluarkan daripada blog berkenaan secepat mungkin.

“Ia adalah tidak benar mengatakan saya terbabit dengan parti itu. Saya ingin memberi penjelasan atas salah faham dan kekeliruan yang berlaku dalam blog itu.

“Kehadiran saya di Karnival Mesra Rakyat 26 Jun lalu sebagai jemputan untuk memberi ceramah motivasi keibubapaan. Saya tidak diberitahu penganjur bahawa Azmin akan hadir sama,” katanya.

Beliau bimbang tindakan beberapa blogger terbabit yang cuba mengaitkan cerita lama keluarganya dengan gambar beliau duduk bersama pemimpin PKR di sebuah gerai makan.

“Itulah sebabnya saya panggil sidang media tergempar ini. Mengenai gambar saya bersama pemimpin PKR, saya sedang minum di sebuah gerai berdekatan dan kebetulan beberapa pemimpin PKR lalu dan duduk bersama di meja, takkanlah saya hendak bertindak tidak sopan dengan meninggalkan mereka,” katanya.

Wardina mengakui menghadiri Karnival Mesra Rakyat di Kelana Jaya anjuran Kerajaan Selangor, namun beliau menafikan sama sekali bahawa kehadirannya adalah berunsurkan politik.”

Artikel tersebut di Petik daripada Berita Harian.

Pada hemat saya, saya sangat bersetuju dengan pandangan warnida tersebut. Saya sangat menyokong untuk beliau mengambil tindakan terhadap blogger yang membuat cerita tersebut. Dengan hanya sekeping gambar bersama seorang pemimpin pembangkang telah di katakan ahli parti tersebut. Bagaimana pula sekiranya wardina dengan pemimpin pihak kerajaan, adakah dia juga dikatakan ahli parti kerajaan? Saya tak kisah dan tak peduli jika wardina nak menyokong mana-mana parti, sebab itu adalah kebebasan yang dimiliki oleh semua orang di negara kita.

Sebagai seorang artis dan penyampai wardina harus bebas untuk menghiburkan rakyat malaysia tanpa mengira fahaman politik. Lainlah seperti beberpa orang artis yang memang sah mengaku mereka telah menyertai parti-parti politik tertentu.

Kepada blogger semua pastikan kita memberi maklumat yang betul dan sahih untuk masyarakat. Jika perkara seperti ini berlaku, kasihan wardina yang tak tahu menahu terpaksa menjawab kepada satu Malaysia akan hal yang sebenarnya. Jika artikel tersebut tak betul, memang sah ianya satu fitnah kepada wardina. Saya sangat bersetuju wardina mengambil tindakan undang-undang terhadap blogger tersebut. Ini sebagai satu pengajaran kepada blogger yang lain supaya tidak mudah membuat artikel yang belum tahu kesahihannya.

Satu isu lagi ialah tentang gambar wardina yang suatu masa dahulu tidak bertudung yang disiarkan dalam mana-mana blog. Wardina sekarang telah bertudung, telah berkahwin dan sudah mempunyai keluarga, sebagai seorang blogger yang muslim kita patut tahu batas-batas dalam menyiarkan sesuatu gambar mengenai seseorang. Sepatutnya sesiapa yang mempunyai gambar wardina yang tidak bertudung eloklah buang gambar tersebut daripada blog anda, kerana ia adalah sesuatu aib kepada beliau. Walaupun kita seorang blogger yang tegar, tetapi kita masih terikat dengan hukum hakam agama, masih ada batas-batas dalam menyatakan dan menyiarkan sesuatu, lebih-lebih lagi yang berkait dengan orang lain seperti dalam kes wardina ini.

Jangan kerana sekeping gambar kita sudah menghukum seseorang tanpa asas yang betul, tanpa rujukan yang betul, memang saya lihat gambar tersebut beliau duduk semeja dengan azmin ali seperti mana yang beliau jelaskan dalam sidang akhbar tersebut. Tetapi perbuatan menghukum orang tanpa kebenaran dan soal selidik yang sahih boleh menimbulkan fitnah. Hati-hati kepada semua blogger.

--ehsan

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

FEEDJIT Live Traffic Feed

Powered By Blogger

My Blog List

Followers

Searching Blog

About this blog