Informasi

Macam-Macam....


Juadah Istimewa

Rezeki  Pemberian Allah SWT
Hargailah Rezeki Yang Diberikan.


Makan biar berpada-pada,jangan tamak dan berlebih2an.Bersyukur dengan setiap rezeki yang ada,sama ada sedikit atau banyak,ia tetap rezeki.Makanan yang sedikitpun mampu mengenyangkan sekiranya dimakan dengan syukur.Sementara makanan yang banyak,janganlah dibazirkan.

Daripada Jabar bin Abdullah,katanya,Rasulullah s.a.w bersabda,

"Makanan seorang cukup untuk dua orang,makanan untuk dua orang cukup untuk empat orang,makanan empat orang cukup untuk lapan orang."
(Sahih Muslim)


Dalam satu kisah,Abu Hurairah menceritakan,Rasulullah menerima tetamu seorang kafir.Rasulullah menyuruh orang memerah susu seekor kambing untuk minuman tetamunya,lalu habis diminum oleh tetamu itu.kemudian baginda menyuruh diperah susu seekor kambing lagi,juga habis diminum tetamunya.Disuruh lagi memerah susu kambing lain,habis juga diminum oleh tetamunya sehingga tujuh ekor kambing semuanya.

Keesokan hari,tetamu itu memeluk islam.Rasulullah memerintahkan supaya diperah susu seekor kambing untuk minuman tetamu itu.Susu itu habis diminum.Kemudian baginda menyuruh orang memerah susu kambing yang lain...Bagaimanapun tetamu itu tidak lagi menghabiskan susu itu.

Melihat ini,Rasullullah bersabda,
"Orang mukmin minum dengan satu perut dan orang kafir dengan tujuh perut."
(Sahih Muslim)


0 comments:

Post a Comment

My Blog List

FEEDJIT Live Traffic Feed

Powered By Blogger

My Blog List

Followers

Searching Blog

About this blog