ULAT RESDUNG YANG BOLEH MENYEBABKAN KANSER
Kenali tanda dan Kesan-kesan Resdung Pada Diri Anda
Jangan biarkan resdung anda semakin parah sehingga merebak menjadi barah.
1.Hilang deria bau.
2. Pelupa/daya mengingat lemah
3.Lubang hidung bengkak dan tersumbat
4. Jangkitan nanah di sekeliling mata
5. Jangkitan otak (meningitis)
6. Sakit tekak yang kronik
7. Jangkitan tulang muka
8. Memburukkan keadaan lelah
9. Berdengkur yang kronik
10. Jangkitan telingan dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
11. Alahan hidung atau hidung sensitif
12. Selsema yang melarat
Jika anda sudah mengambil ubat raja akar kayu ini, insya allah anda tidak perlu utk membuat rawatan resdung seperti di dalam gambar ini.
BERSABARLAH MENGHADAPI MUSIBAH Sabda Nabi s.a.w :" Amat dikagumi sifat orang mukmin, iaitu semua urusan yang menimpanya adalah baik, dan tidaklah seorang mukmin itu kecuali apabila di timpa kebaikan, ia bersyukur lalu menjadi kebaikan baginya; dan bila ditimpa musibah keburukan ia bersabar dan menjadi kebaikan baginya apabila ia ditimpa” ( Riwayat Muslim) Ketahuilah bahawa diri kita bukanlah satu-satunya manusia yang memperoleh musibah kerana tidak seorang pun manusia yang terlepas dari diuji samada diuji dengan hal-hal yang menyedihkan mahupun menyakitkan, hatta menakutkan. Sesungguhnya dunia ini adalah tempat ujian dan cobaan, tempat kesedihan dan kesusahan. Oleh itu hadapilah ia menurut keadaannya dan mintalaah pertolongan dari ALLAH SWT. Yakinilah, setiap musibah itu ada ganjaran dari ALLAH buat hamba-hambaNYA yang sabar. -mz-
BANDAR SERI BEGAWAN 22 Okt. - Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, hari ini mengumumkan penguatkuasaan hukum Hudud di negara ini, termasuk melaksanakan hukuman potong tangan ke atas pencuri dan rejam terhadap kesalahan zina.
Jelasnya, undang-undang yang dikenali sebagai Kod Penal Syariah itu, diwartakan, hari ini selepas beberapa tahun diteliti dan dikaji.
Sebelum ini, Sultan Hassanal dalam ucapannya pada satu majlis tertutup di sini pada 10 Oktober lalu berkata, pelaksanaan undang-undang Islam berlandaskan Syariah itu bakal dikuatkuasakan secara berperingkat-peringkat dalam tempoh enam bulan.
Peraturan lain yang bakal dilaksanakan termasuk hukuman sebat ke atas pesalah yang melakukan pengguguran dan minum arak.
"Dengan rahmat Allah, mudah- mudahan penguatkuasaan undang-undang ini akan memenuhi tanggungjawab kita kepada Allah swt.
"Saya berharap undang-undang ini boleh mengukuhkan pengaruh Islam di Brunei yang majoritinya didiami penduduk Islam," katanya.
Negara yang kaya dengan sumber minyak itu dihuni kira-kira 400,000 penduduk dan 70 peratus daripada mereka merupakan penganut Islam dan selebihnya Kristian, Buddha dan agama lain.
Brunei sebelum ini menguatkuasakan gabungan dua sistem peraturan iaitu mahkamah berdasarkan undang-undang Britain untuk kes sivil dan undang-undang Syariah bagi kes peribadi dan isu keluarga.
Kerajaan Brunei turut melarang penjualan dan pengambilan alkohol serta menyekat aktiviti keagamaan dan perayaan agama lain daripada diadakan secara terbuka. - AGENSI
Kebanyakan orang, jika ada pasu bunga yang dah pecah, akan dibuang ke dalam tong sampah kerana orang berfikiran ianya sudah tidak digunakan lagi dan tidak boleh digunakan sepenuhnya.
Namun begitu, sebenarnya pasu bunga yang sudah pecah boleh digunakan semula untuk kegunaan lain dan juga sebagai hiasan di dalam rumah. Ini boleh digunakan sebagai jualan dan mungkin mencecah ribuan ringgit nilainya.
PS : Kalau ada pasu bunga yang dah pecah minta tolong jangan dibuang ke dalam tong sampah.
Mintak tolongya...