BERSABARLAH MENGHADAPI MUSIBAH Sabda Nabi s.a.w :" Amat dikagumi sifat orang mukmin, iaitu semua urusan yang menimpanya adalah baik, dan tidaklah seorang mukmin itu kecuali apabila di timpa kebaikan, ia bersyukur lalu menjadi kebaikan baginya; dan bila ditimpa musibah keburukan ia bersabar dan menjadi kebaikan baginya apabila ia ditimpa” ( Riwayat Muslim) Ketahuilah bahawa diri kita bukanlah satu-satunya manusia yang memperoleh musibah kerana tidak seorang pun manusia yang terlepas dari diuji samada diuji dengan hal-hal yang menyedihkan mahupun menyakitkan, hatta menakutkan. Sesungguhnya dunia ini adalah tempat ujian dan cobaan, tempat kesedihan dan kesusahan. Oleh itu hadapilah ia menurut keadaannya dan mintalaah pertolongan dari ALLAH SWT. Yakinilah, setiap musibah itu ada ganjaran dari ALLAH buat hamba-hambaNYA yang sabar. -mz-
0 comments:
Post a Comment