Informasi

Macam-Macam....








Petai Gergasi

Wau sangat besar. Saya tidak pastinya ianya boleh dimakan ataupun tidak. Sememangnya petai ini  digemari ramai khususnya yang suka masakan kampung yang dimasak bersama petai seperti sambal petai, petai bakar, jeruk petai dan berbagai-bagai lagi resepi yang dimasak dengan petai ini. Bahkan ianya di buat sebagai penambah selera dalam nasi.

Tidak banyak sumber yang dikaitkan dengan petai gergasi ini. Akan tetapi apabila saya mencari-cari korek-mengkorek ianya dapat dijumpai ianya bukan diluar negara sahaja bahkan ianya terdapat juga di malaysia.

Menurut sumber dari ienaeliena.com, yang saya dapati maklumat mengenai petai ini adalah seperti berikut:




Petai gergasi  dikenali sebagai " Entada Phaseoloides".

"Entada Phaseoloides, yang kelihatan serupa dengan petai, hanya akan tumbuh di dalam hutan kerana ia adalah sangat besar . Menurut  Malaysian Herbs : Goh Kong Ling,  Entada Phaseoloides  beracun walaupun tahap ketoksikan yang sebenar tidak diketahui," 

Liang berkata makan kacang beracun tidak semestinya membawa kepada kematian. Sebaliknya, ia mungkin menyebabkan ketidakselesaan fizikal. Oleh itu, beliau menasihatkan semua tidak makan  Entada Phaseoloides .

"Dari segi perubatan Cina,  Entada Phaseoloides  boleh melegakan kekejangan dan kesakitan, dan juga untuk mengalirkan kelembapan. Membantu dalam sakit perut, jaundis, hernia dan rawatan," katanya.

Walau bagaimanapun, Liang berkata tidak lebih daripada 10 gram  Entada Phaseoloides  harus digunakan walaupun untuk perubatan. Selain itu, pesakit perlu mendengar arahan doktor sebelum makan Entada Phaseoloides .

" Entada Phaseoloides boleh menjadi 30mm diameter dan sehingga 1m panjang. Setiap Entada Phaseoloides  akan mempunyai enam hingga 11 biji. Biasanya, hanya  Entada Phaseoloides  mempunyai kacang besar. Ia memang bukan petai," tambah Liang. (Sin Chew Daily)

Penyelidik Herbal memperingatkan orang-orang untuk tidak makan petai gergasi kerana ia adalah racun. Penanam herba Liang Qi Xing, 62, memberitahu Sin Chew Daily bahawa petai gergasi ini sebenarnya berbeza daripada kacang pahit boleh dimakan biasa. Sebaliknya, petai gergasi dikategorikan sebagai tanaman pendaki biasanya dikenali sebagai Entada phaseoloides. 

"Entada phaseoloides, yang kelihatan serupa dengan petai, hanya akan tumbuh di dalam hutan kerana ia adalah sangat besar dalam saiz. Menurut Herba Malaysia oleh Goh Kong Ling, Entada phaseoloides beracun walaupun tahap ketoksikan yang sebenar tidak diketahui," kata Liang. 

Liang berkata makan yang dipanggil kacang beracun tidak semestinya membawa kepada kematian. Sebaliknya, ia boleh menyebabkan ketidakselesaan fizikal. Oleh itu, beliau menasihatkan semua tidak makan Entada phaseoloides. 

"Dari sudut perubatan Cina pandang, Entada phaseoloides boleh kejang bantuan dan kesakitan, dan juga untuk mengalirkan kelembapan. Hal ini membantu dalam sakit perut, penyakit kuning, hernia dan rawatan," katanya. 

Walau bagaimanapun, Liang berkata tidak lebih daripada 10 gram Entada phaseoloides harus digunakan walaupun untuk perubatan. Selain itu, pesakit perlu mendengar arahan doktor sebelum makan apa-apa phaseoloides Entada. 

"Entada phaseoloides boleh menjadi 30mm diameter dan sehingga 1m panjang. Setiap Entada phaseoloides akan mempunyai enam hingga 11 biji. Biasanya, hanya Entada phaseoloides akan mempunyai biji yang besar seperti itu. Hal ini pasti tidak petai," kata Liang.

Berikut adalah petai gergasi ditemui di Batu Kurau, Taiping


Bak kata seorang blogger ini dari http://mrboyll.blogspot.com/ beliau berkata:

"berkata sedap tu kalau buat sambalkan sebijik pun  cukup tak yah nak angan-angan perabihkan sepapan tu leh pening kepala. Sejarah ni first time boy tengok petai beso ni. Kalau semua petai kat pokok tu beso ni, loded pakcik ni."

Specifikasi Petai ini:
Ianya mempunyai ukuran tersangatlah besar, panjangnya hingga satu setengah meter dengan berat buah mencapai 4 kilogram. 

Ini dia pokok petai gergasi ini:












Kadangkala ianya juga dikeringkan untuk dibuat jeruk, ataupun mungkin bahan untuk kecantikan selepas diproses. Berikut adalah gambarnya selepas dikeringkan.



Menarik bukan hasil petai gergasi kering ini.

Berikut gambar-gambar kesemua petai gergasi di seluruh dunia.





















Wau sangat-sangat menyeramkan.



Hazzirah Izzati Mat Hassim dilahirkan pada 18 Mei 1990 di Kota Bharu, Kelantan. Beliau merupakan anak kedua daripada 8 orang adik beradik, anak kepada pasangan Mat Hassim bin Daud, seorang Penolong Pegawai Perubatan di Unit Kecemasan, Hospital Tumpat, Kelantan dan Martinawati bt. Salleh, seorang guru Bahasa Melayu di sebuah sekolah rendah di Kota Bharu.

Hazzirah memulakan pengajian peringkat awal di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian (1) pada tahun 1997. Pada tahun 1999, beliau menduduki peperiksaan Penilaian Tahap Satu (PTS) yang membolehkannya melangkau ke Tahun 5 pada usia 10 tahun. Kelulusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) telah melayakkannya untuk diterima masuk bagi meneruskan pengajian di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai pada tahun 2002 selama 3 tahun. Selepas tamat Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dengan keputusan 8A, beliau memohon untuk ke MRSM Bitara Pengkalan Chepa bagi meneruskan pengajian tingkatan 4 dan 5. Peluang belajar di MRSM Bitara Pengkalan Chepa dimanfaatkan sepenuhnya sehingga ditawarkan untuk turut serta dalam Program Ekspress UTM-MARA di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru : sebaik sahaja tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2006 dalam usia 16 tahun. Pemilihan pelajar untuk mengikuti program ini adalah berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan SPM. Beliau kemudiannya mengikuti Program Persediaan Pra-Ijazah selama enam (6) bulan di UTM Johor Bahru bermula Januari 2007 hingga Jun 2007. Berdasarkan keputusan SPM (7A1, 3A2) dan keputusan peperiksaan akhir Program Ekspress UTM-MARA beliau berjaya untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) dengan mendapat pinjaman boleh ubah dari MARA.

Selepas tiga (3) tahun mengharungi pengajian, beliau berjaya menamatkan pengajian dan bergraduasi pada Oktober 2010 dan telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) dengan Kepujian Kelas Pertama dalam usia 20 tahun. Ekoran daripada itu, pihak MARA telah menukarkan pinjaman boleh ubah kepada biasiswa penuh. Beliau kemudiannya ditawarkan pula oleh UTM untuk melanjutkan pengajian terus ke peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) di bawah program Ph.D Fast Track UTM. Beliau menerima tawaran dan memilih untuk menjalankan kajian dalam bidang Matematik Tulen dan menerima biasiswa MyPhD yang ditawarkan oleh pihak KPT.

Objektif utama tesis Ph.D beliau yang bertajuk “The Homological Functors of Bieberbach Groups with Cyclic Point Groups of Order Two, Three and Five” adalah untuk menentukan beberapa struktur matematik baru bagi kumpulan kristalografi bebas kilasan yang dikenali sebagai kumpulan Bieberbach. Sepanjang pengajian, beliau telah berjaya menerbitkan beberapa kertas kerja dalam jurnal-jurnal berindeks dan tidak berindeks (lihat lampiran untuk senarai penerbitan beliau). Selain itu, beliau turut menyumbang dalam penerbitan buku “Advances in Group Theory, DNA Splicing and Complex Analysis” melalui dua bab bertajuk “The Nonabelian Tensor Squares of Some 2-Engel Groups” serta “Homological Functors of Some Finite Two-Generator Two-Groups of Nilpotency Class Two”. Beliau juga telah berjaya mendapatkan hakcipta dari UTM untuk projek beliau yang bertajuk “GAP Algorithms on the Computation of the Nonabelian Tensor Squares and Homological Functors of 2-Engel Groups of Order at Most 16 (GAP_NTS&HF2E)”.

Bagi meluaskan jaringan penyelidikan yang dijalankan, beliau terlibat secara aktif dalam kolaborasi penyelidikan bersama penyelidik dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Di samping itu, dalam menyempurnakan kajian projek Ph.D, beliau telah mengikuti Penyelidikan Sangkutan (Research Attachment) di bawah penyeliaan penyelidik ternama dari universiti di dalam dan luar negara termasuk UPSI, Perak pada April 2012, Januari 2013 dan April 2013; Ferdowsi University of Masshad, Iran pada Januari – Februari 2012, University of Palermo, Itali pada April 2012 dan University of Brasilia, Brazil pada Mei 2013. Beliau juga telah membentangkan hasil penyelidikannya di persidangan antarabangsa seperti Iranian Algebra Seminar di Sabzevar, Iran pada Januari 2012 , Biennial International Group Theory Conference di Istanbul, Turki pada Februari 2013, Asian Mathematical Conference di Busan, Korea pada Julai 2013, Algebra Seminar di University of Brasilia, Brazil pada Mei 2013 dan Algebra Seminar di Bandung, Indonesia November 2013.

Tidak hanya tertumpu pada akademik dan penyelidikan, beliau turut bergiat aktif dalam persatuan Pasca Siswazah di peringkat Jabatan dan Fakulti serta terlibat dalam penganjuran beberapa program seperti Bengkel LATEX, Bengkel Groups, Algorithms and Programming (GAP), Bengkel Penyediaan Tesis dan Jurnal serta persidangan peringkat antarabangsa termasuk Biennal International Group Theory Conference (BIGTC) yang diadakan pada Februari 2011 dan International Science Postgraduate Conference (ISPC) pada November 2012. Di samping itu, beliau turut melibatkan diri sebagai ahli jawatankuasa pelaksana beberapa program anjuran Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) seperti Olimpiad Matematik Kebangsaan (2010-2014) dan Anugerah PERSAMA (2010-2012).

Pada 1 April 2014, Hazzirah telah menjalani Peperiksaan Lisan bagi pengajian Doktor Falsafahnya dan tesis Ph.D beliau telah diluluskan dengan pembetulan kecil. Setelah menyiap dan menghantar pembetulan tesis, beliau telah diperakukan oleh Jawatankuasa Senat UTM dan lulus Ijazah Doktor Falsafah pada usia 24 tahun 2 bulan. - UTM NEWS

 Artikel daripada mymediahubonline.blogspot.comhttp://mymediahubonline.blogspot.com/


My Blog List

FEEDJIT Live Traffic Feed

Powered By Blogger

My Blog List

Followers

Searching Blog

About this blog