Seekor lalat menganggu Presiden Amerika Syarikat (AS, Barack Obama yang sedang berucap di dalam sebuah bilik di White House
Lalat tersebut berterbangan dekat Obama dan hinggap di dahinya buat seketika. Ketika kejadian, Obama sedang berucap bagi mengumumkan bekas peguam, Mary Jo White sebagai calon yang akan mengetuai Suruhanjaya Sekuriti dan Perdagangan.
Dalam ucapannya itu, beliau turut mengumumkan Richard Cordray sebagai calon yang bakal mengekalkan jawatan sebagai Pengarah Biro Perlindungan Kewangan Pengguna.
Presiden AS itu juga cuba menghalau lalat tersebut daripada mendekatinya. Bagaimanapun, Obama turut membuat komen tentang lalat itu. “‘Orang ini’ (lalat) mengganggu saya di sini,” katanya.
Pada tahun 2009, Presiden AS itu pernah membunuh seekor lalat yang sedang terbang semasa beliau menghadiri rakaman temu ramah televisyen.
Sebuah kumpulan pembela hak asasi haiwan kemudian membantah perbuatan Obama yang membunuh lalat tersebut. – Kosmo Online
0 comments:
Post a Comment